Thursday, October 21, 2010

CiNta Khalifah by Siti Zuraini..



Detikan jam berlagu sayu seolah-olah sedih meninggalkan saat yang semakin berlalu pergi..Kalaulah jam usang itu berdetik saja tetapi tidak mengubah masa dari saat ke minit dan dari waktu ke waktu, sudah tentu saat bahagia yang pernah aku lalui akan kekal pada saat dan tika itu.
Memang benar, tak semua apa yang kita lalui dalam hidup  sentiasa indah. Sedangkan sebuah perhubungan ada pasang surutnya, sebuah pertemuan ada perpisahannya..dan yang paling sukar ditempuhi bila kita mendapat nikmat hidup di bumi yang bertuah ini, akhirnya kita menempuhi ajalnya. Hanya mati meninggalkan nama dan kenangan sebuah episod kehidupan.
Tik!Tok!Tik!Tok!..Jam tepat menunjukkan pukul 3 pagi, aku tidak boleh melelapkan mata.
“Ah! Mengantuk, kenapalah susah sangat nak tidur..” rungut Irene dalam hati”.
Mungkin siang tadi aku tidur agak lama, maklumlah kepenatan selepas tamat kuliah. Sekilas pandang, mataku tertumpu pada skrin telefon bimbit kesayangan yang baru dibeli 2 bulan lepas. Aku mencapai Sweety, nama yang sesuai bagi model telefon bimbit Sony ericson W810i.
‘1 message received’..
“Siapa pulak pagi-pagi buta ni”, bukannya aku tak biasa terima mesej misteri dari jejaka yang sengaja menyamar semata-mata untuk menambat hatiku, tapi takkanlah ada yang sanggup berjaga smpai lewat pagi semata-mata mahu mencuba nasib di ruang talianku dan membuatkan aku perasan bahawa akulah wanita yang paling bertuah dan mana-mana lelaki sanggup berkorban untukku. 
*Bersambung....*

3 comments:

bungarayamerah said...

ehh mek..ni sndr karang ke??

Siti Zuraini said...

yela,xkn ciplak lak,xpsl2 kna dkwa nti.ko x caye eh..pe daa..hehe

Dhiya-Su said...

cinta khalifah..bagus2, hehe..xsangka Nie brbakat dale penulisan ye..hehe