Sunday, April 10, 2011

Galeri Kenangan;)











coretan bersama airmata..Diari Kampus..

Dah lame x mnjejak ke sini..busy dgn exam yg penting2 sekali mmg x pndai nk bg mase nk update blog ni..tau tak ari ni dalam sejarah,10/4/2011 dh habis dh aku belajar kt uia,dari matrik UIA 2tahun n degree 4 tahun=6tahun..

walaupun tempoh y lame,tp kejap je aku rase..mcam2 y aku lalui spnjg belajar ni..yelah,hidup x seindah y kita impikan,tp impian dtg dgn harapan agar kita brjaya mggapai realiti y diidamkan..lepas ni bermulalah episod baru dalam hidup aku..sebagaimana aku pernah perit mnghadapi kesukaran,aku perlu menerima sume ni dgn ketenangan..lepas ni nk tggu konvo bulan 10..chaiyok nie,ure da best for what you have:)..

Teringat lagi mase last paper, menitis sedikit airmata..tak sangka gak apa yg aku tunggu selama ni dtg pd hari ini..esok dan seterusnya, apa y akan berlaku, HANYA DIA YANG TAHU...

Kat sini jugak aku nk ucapkan berbanyak2 terima kasih kat family y sntiasa bagi support kat aku selama ni..brkorban sgalanya utk aku..walaupun aku x mampu nk balas jasa mereka sepenuhnya,ttpi doaku utk mak ayah,fmily aku sntiasa bahagia dan dimurahkan rezeki...AMIN..

Kepada kawan2 baik aku yg selalu bersama aku susah dan senang,.TEHA,y comel..trima kasih kerana sentiasa memberi semangat kat aku tika aku bsedih..4thn kte sebilik..kamu sntiasa menjaga aku..sume crita kamu tau psal aku..kamu y sngt manja dan aku yakin jdohmu itu tbaik buatmu,yg menyayangi kamu sepenuhnya..kamu sgt memahami dan x jemu mdengar AKU PUNYA CERITA..kamu adalah 'OBSERVER' bagiku..kalo aku ttinggal barang,kamu selalu alert..kamu y tiada gantinya..

ELY..yg manis dan manja;)..ingat x mase kt matrik kenangan2 kita dan kenangan kita kt kampus ni..selalu je nasib kita kebetulan,kan..kte sedih sama2,kita gelak..ingt lak time exam u gerak..wt miskol..;)..u r my REMINDER(Mistellme) eva..time i lupe,u TOLONG INGATKAN...we care we share..nanti aku mesti rindu kat kamu dear..kamu juga yg tiada gantinya..aku mendoakan kamu mendpt jodoh y menyayangimu seadanya..

Si kecik NISA yg gelabah..walaupun kita x bersua utk sem ni,kami merindui kamu..u r our INFORMER tau.:)..tau x, gi mana2 mesti teringt,apa yg kitorg selalu ckp, "kalo ade icak kn best"...ternyata kamu penting bagi kami...best moment kite kt bukit tinggi,snap gmbr byk2 jgn lupe ok;)..moga kamu dapat yg tbaik nanti n ssuai utk kamu yg pemurah;)

Untuk DILA yg selalu berbahagia..tak selalu bersama, tapi bila dah jumpa,mesti x menang tgn,asyik ckp je kita..mulala bgosip,smpai x cukup gosip kmpus,gosip artis pn kita balun,haha;)..papepn,tumpg hepi tgk kamu bhagia n x sbr nk tgk ke jinjang pelamin;)

Ain yg bkal bertunang bulan 5 nanti..wlaupun kita jarang bsua,tp smpt jgk kita mgenali antra satu sama lain..bcerita ttg msalah...kamu wanita yg sangat TABAH y aku kenali...

kt sini jugak aku x lupe kt kwan baik aku,LINA yg pernah sebilik ngn aku kt matrik..trma kasih atas segalanya..x lupa kt family ko na..ada masa nanti,nk gi perlis lg..thnks ok cz byk bkorban..:)..

Along, Siti yg selalu kt studi sama2 mase kat matrik..stay up smpai tgh malam smata2 nk studi...mcam2 kte lakukan smata2 nak dapat ilmu..kagum dgn korg,dh nmpak gya mcam cikgu y bdedikasi..mga sukses selalu:)


Kepada kawan2 kampus, Piah n da geng sume..Harly n da geng, Ayu,Zati..Kakna n da geng yg mmg aku tsgt2 sayang...kak ina,kak ati wif love..dan semua yg aku xmention kt sini mungkin,tp korg sume ade dalam hati aku tau...moga kita bersua lagi..doakan yg terbaik utk korg..

p/s: Nak kwen inform ok:)

Saturday, December 25, 2010

Tentang Aku...:)

Wahai Cik Teha, atas permintaan kamu, disini aku ingin m'listkn beberapa maklumat tentang diriku, Siti Zuraini binti Mohammad.....

Pertama sekalinya..kamu udah tau kan aku ini SENSITIF orgnya....mudah terasa tapi x marah pun kat org yang buat aku terasa tu..tak pujuk pun xpe,nnti cool down dgn sendirinyer:)

Aku ni kuat BERANGAN, kadang2 tue boleh pulak sampai ke tempat bunian...jumpa PUTERA raja yg kacak...owh hensemnye...(u see,dah berangan kan,hehe...)

BERGANTUNG pada orang.Disini bukan bermakna aku ikut je skaki kmana kamu ingin bwa daku pergi, maksudnya..orang yang rapat dgn aku itulah aku suke dia meluangkan masa dengan aku, selalu ngan aku...nak tak nak,dalam 1hari pn mgkin aku perlukan tempat bergantung,hihi...

Aku ni boleh ADAPT dengan situasi yang berlainan..kadang2 aku boleh jadi giler2(Time giler2 ni mood aku lain cket,susah nak datang mood ni,aku asyik gelak je memanjang..hehe...em... pendiam..ha,time pendiam ni nampakla muka aku yang penuh dengan lemah lembut dan sopan santunnya,hihi...(anak sape la yg ayu ni;)...aku juga boleh jadi gengster tau,belasah punya orang yang suka mengata kt blakang,hihi..(caye x?hehe)

Aku suka sangat balik THAILAND, sedara sume kat sana...kwan2 mesti tersangat rindu bila cik niey balik Thai berminggu2,jumpa buah ati..opppppppppssssssss...(Buah ati kat Tanahair la,balik Malaysia cpt!!!!itu kata2 kwn2 ksygn lar,hehe)...

~Yang paling2 penting sekali aku nak mention kat sini,aku adalah MILIK Allah SWT(kekal abadi), keluarga tersayang, my dear baby gurls...& AKU UNTUK KAMU YANG MEMILIKI AKU;)~









Wednesday, December 15, 2010

Mungkin Sem Terakhir....


Pejam celik dah masuk sem akhir kt UIA ni...tapi belum pasti lagi sebab ade subjek clash...13,12,2010 daftar masuk sem baru dgn sedihnya...uwaaa..
cnepun,setiap ptemuan pasti ada perpisahan,kwn2 y tsyg,sem ni kte kna wat yg tbaik,lepas ni nak sambung master lak....

sem ni lak,rmai kwn2 yang dah grad,ichak,kakna,dan rmai lagi.. dah nampak dah muka2 baru kat ITD Lab yg selalu mjadi tempat persinggahan selepas selesai sudah kelas...teringat sem lepas,tamat je 1 kelas,terus ke ITD,online je kejenya...


Terfikir jugak canela Ely kat bilik tu,mesti kesunyian jgk,yg aku ni xpe lak,ada teha yang teman..tapi teha kuar jer,terus down...fikir yang bukan2 sehingga boleh menyebabkan rusuhan dalam jiwa dan berlakunya peperangan...tapi perang dingin je,hehe:)

em...sem ni sem penuh dgn airmata...apa2pun kita akan lalui dalam tempoh 3-4 bulan ni... moga kita kuat dan tabah menempuhi pembelajaran, konflik percintaan yang selalu menjadi isu besar dan homesick yang tak kurang hebatnye ditanggung oleh rakan2 sperjuangn kecuali aku,hehe:)

Gud LUck ok my dear babies.....All da Best!!!!!:)


Friday, October 22, 2010

CiNta Khalifah m/s 2 by Siti Zuraini..

       Semua andaian pada diriku ini membuatkan aku lebih jujur pada diri dan sedar bahawa aku mempunyai ‘self concept’ dan ‘self esteem’ yang tinggi. Tak kisahlah apa pandangan orang pada aku, yang penting, aku adalah aku dan aku mempunyai keunikan tersendiri. 

      “Irene, maaf, aku rela mati dari hidup begini”. Aku terkejut menerima mesej dari salah seorang kawan baikku Irma. Lantas aku berlari menuju ke tingkat tiga, bilik Irma yang tidak begitu jauh dari bilikku, cuma beza dua tingkat jaraknya. Tanpa mengetuk pintu dan melupakan sekejap adab memberi salam, aku yang terus masuk ke dalam bilik tersebut dengan keadaan panik dan alangkah terkejutnya aku bila melihat Irma terbaring tidak sedarkan diri. Aku tergamam seketika dan bergegas mendapatkan bantuan penghuni bilik yang berdekatan, tapi semuanya tidak memberi tindak balas. Aku terus berkejar ke pondok pengawal untuk meminta bantuan dan menerangkan apa yang berlaku dan pengawal wanita ataupun lebih dikenali dengan panggilan ‘Mak Guard’ di UIA segera menelefon ambulan dan kami segera pergi ke tempat kejadian sementara menunggu ambulan. 

     Aku begitu hairan melihat apa yang terjadi kerana kebiasaanya Irma sentiasa gembira, mungkin juga aku tak menyedari,yelah..kadang-kadang, aku terlepas pandang, lupa bertanyakan khabar dek keadaan yang tidak mengizinkan ataupun sibuk. Tapi dua tiga hari kebelakangan ni, aku agak sibuk dengan tugasan yang perlu disiapkan sebelum program jati diri bermula. 

*Bersambung....

Thursday, October 21, 2010

CiNta Khalifah by Siti Zuraini..



Detikan jam berlagu sayu seolah-olah sedih meninggalkan saat yang semakin berlalu pergi..Kalaulah jam usang itu berdetik saja tetapi tidak mengubah masa dari saat ke minit dan dari waktu ke waktu, sudah tentu saat bahagia yang pernah aku lalui akan kekal pada saat dan tika itu.
Memang benar, tak semua apa yang kita lalui dalam hidup  sentiasa indah. Sedangkan sebuah perhubungan ada pasang surutnya, sebuah pertemuan ada perpisahannya..dan yang paling sukar ditempuhi bila kita mendapat nikmat hidup di bumi yang bertuah ini, akhirnya kita menempuhi ajalnya. Hanya mati meninggalkan nama dan kenangan sebuah episod kehidupan.
Tik!Tok!Tik!Tok!..Jam tepat menunjukkan pukul 3 pagi, aku tidak boleh melelapkan mata.
“Ah! Mengantuk, kenapalah susah sangat nak tidur..” rungut Irene dalam hati”.
Mungkin siang tadi aku tidur agak lama, maklumlah kepenatan selepas tamat kuliah. Sekilas pandang, mataku tertumpu pada skrin telefon bimbit kesayangan yang baru dibeli 2 bulan lepas. Aku mencapai Sweety, nama yang sesuai bagi model telefon bimbit Sony ericson W810i.
‘1 message received’..
“Siapa pulak pagi-pagi buta ni”, bukannya aku tak biasa terima mesej misteri dari jejaka yang sengaja menyamar semata-mata untuk menambat hatiku, tapi takkanlah ada yang sanggup berjaga smpai lewat pagi semata-mata mahu mencuba nasib di ruang talianku dan membuatkan aku perasan bahawa akulah wanita yang paling bertuah dan mana-mana lelaki sanggup berkorban untukku. 
*Bersambung....*

Sunday, October 17, 2010

HaRgaiLAh Dia SeaDanya...

kata2 ni saya terpetik dari post kat Facebook...

Bagaimana kita hendak menyayangi seseorang…

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.


2 . Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.


3 . Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.


4 . Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.


5 . Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.


6 . Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.


7 . Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.


8 . BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.


9 . Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.


10 . Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.


Kerana “DIA” insan terpilih…


sweet kan kata-kata ni?nak marah,nak merajuk,nak terasa,taknak percaya pun sume x menjadi...sbb hargailah insan tersayang seadanya:)