Friday, October 22, 2010

CiNta Khalifah m/s 2 by Siti Zuraini..

       Semua andaian pada diriku ini membuatkan aku lebih jujur pada diri dan sedar bahawa aku mempunyai ‘self concept’ dan ‘self esteem’ yang tinggi. Tak kisahlah apa pandangan orang pada aku, yang penting, aku adalah aku dan aku mempunyai keunikan tersendiri. 

      “Irene, maaf, aku rela mati dari hidup begini”. Aku terkejut menerima mesej dari salah seorang kawan baikku Irma. Lantas aku berlari menuju ke tingkat tiga, bilik Irma yang tidak begitu jauh dari bilikku, cuma beza dua tingkat jaraknya. Tanpa mengetuk pintu dan melupakan sekejap adab memberi salam, aku yang terus masuk ke dalam bilik tersebut dengan keadaan panik dan alangkah terkejutnya aku bila melihat Irma terbaring tidak sedarkan diri. Aku tergamam seketika dan bergegas mendapatkan bantuan penghuni bilik yang berdekatan, tapi semuanya tidak memberi tindak balas. Aku terus berkejar ke pondok pengawal untuk meminta bantuan dan menerangkan apa yang berlaku dan pengawal wanita ataupun lebih dikenali dengan panggilan ‘Mak Guard’ di UIA segera menelefon ambulan dan kami segera pergi ke tempat kejadian sementara menunggu ambulan. 

     Aku begitu hairan melihat apa yang terjadi kerana kebiasaanya Irma sentiasa gembira, mungkin juga aku tak menyedari,yelah..kadang-kadang, aku terlepas pandang, lupa bertanyakan khabar dek keadaan yang tidak mengizinkan ataupun sibuk. Tapi dua tiga hari kebelakangan ni, aku agak sibuk dengan tugasan yang perlu disiapkan sebelum program jati diri bermula. 

*Bersambung....

7 comments:

Anonymous said...

.....ermm....sambg lg daaa....

Siti Zuraini said...

ntila dlu..tgkla,cpt sgt nk buh,jd x bkualiti sgt dh cte...pe daa..sbr bleh x?;p

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

.............hehehehe...1mgg 1crite erk..ok?

Siti Zuraini said...

em...rasenye mcm nk benti d tgh jln,final exm mnanti,bkn final bola jer,haha

Anonymous said...

up 2 u..~~FInal bola...dh trcapai impian...final exam..?????????

Siti Zuraini said...

td 1 paper je lpas,tp ok la...hehe